Cipta Buku Skrap Sains (Bahagian 1)
25 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 Febuari 2018, bertempat di Bilik Latihan PI Kg Karangan telah diadakan kelas mencipta buku skrap subjek Sains yang disertai oleh pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Kelas ini telah diadakan selama 1 jam bermula pukul 11 pagi sehingga 12 tengahari.
Antara kebaikan yang diperoleh daripada kelas ini adalah:
1. Mengisi masa lapang pelajar pada hujung minggu.
2. Menambah ilmu pengetahuan pelajr berkaitan subjek Sains.
3. Memberi lebih pendedahan berkaitan Microsoft Powerpoint supaya pelajar lebih mahir menggunakannya.
4. Mendidik para pelajar untuk berfikiran aktif dan kreatif.
5. Mendorong para pelajar untuk melazimi pencarian bahan belajar melalui penggunaan internet.
6. Menyemai sikap rajin mengulangkaji pelajaran melalui kaedah buku skrap.
Antara aktiviti lain yang turut diadakan ialah tayangan video Klik Dengan Bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: